• Tahanan Reman Meninggal Dunia Di Hospital Limbang

    Published: Sunday, 18 June 2017
    A- A+
    LELAKI yang masih dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri, tengah hari semalam, selepas doktor mengesahkan terdapat cecair dalam otaknya.

    Sebelum itu, suspek berusia 50 tahun terbabit dikejarkan ke Hospital Limbang selepas ditemui tidak sedarkan diri di lokap IPD Limbang kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

    Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, selepas perkhidmatan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dijalankan mendapati ada cecair dalam otak suspek.

    Menurutnya, sehari kemudian, doktor di Hospital Limbang meminta suspek dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut sebelum diterbangkan menggunakan pesawat Cessna Pasukan Gerakan Udara Polis Sabah.

    "Ketika menerima rawatan di Hospital Miri, doktor mengesahkan sel otak suspek sudah mati dan alat bantuan pernafasan perlu dicabut jam 12 tengah hari semalam.

    "Suspek sebelum ini ditahan polis kerana disyaki sebagai pengedar dadah di daerah Limbang pada 21 Mei lalu. Suspek masih lagi dalam tempoh reman dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya.

    Beliau berkata, mayat dibawa ke Limbang sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.-HMetro
  • No Comment to " Tahanan Reman Meninggal Dunia Di Hospital Limbang "