• Syarikat Sepanyol Hasilkan Patung Bayi Realistik, Bergerak Dan 'Bernafas'

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+


    PERNAHKAH anda membayangkan memiliki anak patung atau boneka yang benar-benar menyerupai bayi?

    Baru-baru ini, sebuah pameran perdagangan di Bilbao, Sepanyol memperkenalkan patung 'Reborn Babies'- boneka yang bukan saja menyamai rupa, malah memiliki mekanisme pergerakan dan tekstur fizikal sama seperti bayi yang baru lahir.

    Ia dihasilkan oleh syarikat Babyclon, salah sebuah syarikat kecil yang memenuhi permintaan kelompok budaya tertentu yang menghargai anak patung realistik.




    Selain anak patung yang mirip bayi manusia, syarikat itu turut menghasilkan patung yang kelihatan seperti bayi Avatar, atau bayi makhluk asing.

    Anak patung silikon yang berciri asas berharga hampir 600 euro (RM2,860), manakala model yang lebih 'mewah' dilengkapi motor untuk menjadikannya bergerak seperti sedang bernafas atau menghisap puting susu berharga hampir 5,000 euro (RM23,870).

    Selain patung bayi manusia dan patung bayi mahluk seperti makhluk biru dari filem Avatar, syarikat itu turut menghasikan beberapa karakter lain seperti ikan duyung kecil dan bayi cimpanzi. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Syarikat Sepanyol Hasilkan Patung Bayi Realistik, Bergerak Dan 'Bernafas' "