• SUV jadi model pertama dipasang Proton selepas usahasama Geely

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Proton Holdings hari ini mengumumkan kenderaan utiliti (SUV) pertama yang bakal dipasang dikilangnya, sejak usahasama dengan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) bulan lalu yang menyaksikan separuh daripada kepentingannya diambil alih gergasi otomobil China itu.

    Geely Boyue buatan China itu akan dipasang di kilang Proton di Tanjung Malim, dan menurut beberapa laporan, ia bakal dinamakan sebagai Proton Bayu.

    SUV 5-seater itu berukuran menyerupai Honda CR-V. Di China, ia ditawarkan dengan enjin 1.8 dan 2.4 liter.

    Pengumuman itu dibuat pada majlis dihadiri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, untuk memuktamadkan jualan kepentingan Proton kepada Geely.

    Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu.

    Syed Faisal berkata DRB akan bekerjasama dengan Geely untuk menterjemahkan Geely Boyue bagi pasaran tempatan.

    Kereta itu antara lain memiliki sistem pengaktifan suara, namun setakat ini ia hanya untuk bahasa Mandarin.

    “Yang pasti kami akan cuba menyesuaikannya dengan citarasa tempatan (localise), termasuk bahasa tempatan,” katanya.

    Berhubung harga pasarannya pula, beliau berkata ia belum ditetapkan dan akan dibincangkan nanti.

    Penggunaan Geely Boyue sebagai model pertama Proton selepas usahama merupakan antara perkara utama dalam perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely, selain pembangunan model lain pada masa depan. -FMT

    Subjects:

  • No Comment to " SUV jadi model pertama dipasang Proton selepas usahasama Geely "