• Strategi Kuasa Asing Rakyat Benci Kerajaan Malaysia?

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.

    Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md. Nordin berkata, kenyataan yang dibuat mengenai 1MDB itu kelihatan bertujuan menghasut kerana ia dikeluarkan tanpa sebarang asas dan bukti yang kukuh.

    Justeru, beliau percaya, DoJ Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan itu bagi mempengaruhi orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidiki terlebih dahulu.

    “Kenyataan tanpa usul periksa ini sekali gus dijadikan modal untuk individu dan pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan agenda tertentu untuk mencemarkan imej Malaysia dan pentadbiran negara.

    “Saya percaya tindakan DoJ Amerika Syarikat ini sebenarnya didorong atau dihasut pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Sehubungan itu, Fahariyah berharap DoJ Amerika Syarikat mendedahkan pihak yang membuat aduan mengenai 1MDB kerana maklumat yang bocor mendedahkan pengadu merupakan proksi pihak berkepentingan politik di Malaysia.

    Katanya, Malaysia juga berharap DoJ Amerika Syarikat tidak cuba campur tangan dan mencorakkan pentadbiran Malaysia dengan menggunakan isu 1MDB sebagai senjata.

    Tegas beliau, Malaysia sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan perlembagaan negara lain selama ini.

    “Bagi saya ini adalah sikap terdesak pihak tertentu yang amat desperado bagi merosakkan imej kepimpinan negara,” katanya.

    Malah, katanya, Malaysia melalui Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang turut dianggotai wakil pembangkang tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng 1MDB seperti didakwa DoJ Amerika Syarikat.

    Sebelum ini terdapat pelbagai pendedahan global tentang strategi kuasa asing menjatuhkan negara-negara Islam melalui perang saraf dan propaganda bagi membangkitkan penentangan dalaman. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Strategi Kuasa Asing Rakyat Benci Kerajaan Malaysia? "