• STING tangkap 9 warga Nigeria, rampas syabu

    Published: Saturday, 17 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga Nigeria di negara ini dengan tertangkapnya sembilan suspek dalam serbuan di Setapak, semalam.

    Dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu, satu kilogram (kg) dadah jenis syabu turut dirampas.

    Kejayaan terbaru pasukan STING itu dikongsikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui tweet di laman Twitter rasmi miliknya, @kbab51 pada jam 7.24 pagi tadi.

    "Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap 9 orang warga Nigeria di Setapak dan rampas 1 kilogram syabu. #GoPDRMGo," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " STING tangkap 9 warga Nigeria, rampas syabu "