• Skuad Futsal Wanita Negara Atasi Hong Kong

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    KLANG: Skuad futsal wanita negara menewaskan Hong Kong 5-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas "A" di Real Sport Arena.

    Nur Shazreen Munazli membuka tirai jaringan pada minit ke-17 hasil daripada rembatan jarak dekat.

    Malaysia menambah jaringan kedua apabila kapten pasukan Farahiyah Muhd Ridzuan meledak gol pada minit ke-18.

    Hong Kong kemudian membalas pula jaringan menerusi Wai Ki Cheung pada minit ke-19.

    Pada separuh masa kedua, Hong Kong menyamai kedudukan 2-2 menerusi Wing Kum Ng pada minit ke-26.

    Malaysia kemudiannya mengatasi Hong Kong dengan gol ketiga menerusi Noor Asyikin Mohd Noor pada minit ke-33, namun dibalas Hong Kong selang seminit kemudian sekali lagi menerusi Wai Ki Cheung.

    Namun Intan Sarah Anisah Zulgafli menjadi penyelamat skuad negara, masing-masing menerusi jaringan pada minit ke-36 dan ke-37. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Skuad Futsal Wanita Negara Atasi Hong Kong "