• Skim Kawalan Harga Hari Raya Puasa

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Sebanyak 21 barangan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 yang akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 17 Jun ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat berdasarkan pemantauan harga di semua daerah, pandangan pelbagai agensi kerajaan dan perbincangan dengan pihak berkaitan.

    "Skim ini akan berkuat kuasa lapan hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan yang dijangka disambut 25 Jun ini dan lima hari selepas perayaan.

    "Skim akan dilaksanakan menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Hamzah berkata, pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pasar awam, pasar pagi dan pasar tani bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan.

    "Pada masa sama, KPDNKK akan mendapatkan kerjasama Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat bagi memantau serta memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Skim Kawalan Harga Hari Raya Puasa "