• Shahrol Shiro Ditolak Ketika Menyamar Gelandangan

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    TULAR di media sosial, video pelawak terkenal Shahrol Shiro dikasari oleh dua lelaki ketika dia sedang menyamar sebagai gelandangan bersama seorang krew MaxMan TV berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Menerusi video itu, Shahrol dilihat dihalau dan ditolak-tolak pemuda yang mendakwa ‘penjaga kawasan’ ketika sedang tumpang berehat disitu.

    Dua pemuda berbadan sasa itu turut memeriksa badan Shahrol dan rakannya itu seolah-olah mensyaki mereka menghisap dadah.

    Lebih melampau, pemuda tersebut turut menolak Shahrol sehinggakan dia jatuh tersembam atas rumput.

    Turut kedengaran Shahrol menjerit ‘relaks lah…!’ kepada pemuda tersebut.

    Shahrol turut memuat naik video tersebut menerusi laman Facebooknya menyatakan dia sendiri tidak menyangka gelandangan dilayan teruk sebegitu rupa.

    “Pengalaman selama tiga hari sebagai gelandangan sudah cukup membuka mata dan minda saya.Kotaraya Kuala Lumpur mengajar tentang erti kesyukuran dengan apa yang kita ada sekarang.

    “Banyak mata yang aku lihat sepanjang sosial experiment ini, ada yang memandang angkuh, ada yang kesian,” tulisnya di Facebook.

    Pada masa yang sama, Shahrol turut berharap netizen menghulurkan bantuan dan memberikan sedekah kepada golongan gelandangan.


    Difahamkan, Shahrol menyamar sebagai gelandangan selama tiga hari kerana terlibat dalam sebuah program sosial eksperimen yang disiarkan di platform Astro Gempak dengan kerjasama MaxManTV bertajuk, Undercover Selebriti. – MYNEWSHUB.CC







    Subjects:

  • No Comment to " Shahrol Shiro Ditolak Ketika Menyamar Gelandangan "