• Selepas Digigit Ular, Lelaki Bertindak Gigit Tangan Isteri

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    NEW DELHI – Seorang lelaki yang digigit ular berbisa bertindak menggigit pergelangan tangan isterinya bagi memastikan dia dan isterinya ‘sehidup semati’.

    Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian memandangkan tiada apa yang berlaku terhadap isterinya setelah doktor berjaya menyelamatkan wanita itu.

    Lelaki dikenali sebagai Shankar Rai dilaporkan digigit ular ketika sedang tidur dalam kejadian hujung minggu lalu di daerah Samastipur, Bihar.

    Pasti dia tidak lagi dapat hidup lebih lama, lelaki itu dengan penuh kesedihan menghampiri isterinya, Amiri Devi, dan menggigit pergelangan tangan wanita itu untuk mereka mati bersama-sama.

    Pasangan itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, bagaimanapun doktor berjaya menyelamatkan wanita itu.

    “Dia kata dia sangat cintakan saya dan mahu kami mati bersama-sama sebelum menarik dan menggigit tangan saya. Saya tidak menghalang, hanya biarkan dia berbuat demikian,” kata Devi kepada media tempatan. – BeritaDaily

    Subjects:

  • No Comment to " Selepas Digigit Ular, Lelaki Bertindak Gigit Tangan Isteri "