• Sarawak Report Didorong Agenda Peribadi

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Setiap dokumen dikemukakan portal berita Sarawak Report 'sudah diusik' untuk memenuhi agenda peribadi pengasasnya. 

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata portal itu sejak dulu tidak pernah lekang daripada usaha menjatuhkan institusi kepimpinan negara dengan melontarkan pelbagai tuduhan. 

    Katanya, agenda itu dibuat menerusi ratusan dokumen, kononnya mempunyai rahsia dan pelbagai kes penyelewengan pemimpin, khususnya Datuk Seri Najib Razak. 

    "Kita daripada dulu sudah katakan bahawa Sarawak Report ini kerja dia memang buat fitnah untuk jatuhkan pemimpin negara. 

    "Semua dokumen yang didedahkan Sarawak Report sudah diusik, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kesahihan pelbagai dakwaannya sebelum ini. 

    "Sekarang, kebenaran sudah terjelma, maka masyarakat nilailah sendiri," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 500 bubur lambuk, sempena Kembara Trak Negaraku, di sini, sebentar tadi. 

    Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. 

    Selain bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa, kembara diiringi kumpulan muzik dan menampilkan Duta Negaraku, Fizo Omar turut mengagihkan 500 baju istimewa sempena kempen berkenaan kepada orang ramai di KL Sentral. 

    Pada Sabtu lalu, bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi, melalui satu sidang media memaklumkan bahawa dakwaan pengasas portal itu, Clare Rewcastle Brown berhubung isu Najib membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah tidak benar dan dibuat untuk mencapai matlamat peribadinya. 

    Melanyi meminta supaya dia diberikan masa beberapa minggu untuk mengemukakan bukti berkaitan pembohongan yang telah dilaporkan Sarawak Report. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Report Didorong Agenda Peribadi "