• Ronaldo Nafi Dakwaan Elak Cukai

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    MADRID: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan cuba menyembunyikan apa-apa berkaitan pendapatannya atau cuba melakukan penipuan cukai.

    Penafian itu dibuat selepas pihak pendakwaan memfailkan tuntutan mahkamah dan menuduh Ronaldo menipu pihak berkuasa berkaitan cukai bernilai 14.7 juta euro (RM70.23 juta).

    Pejabat pendakwaan berkata, penyerang itu didakwa menyembunyikan pendapatan daripada hak imej antara tahun 2011 hingga 2014.

    Ia membabitkan kegagalan mematuhi pembayaran cukai di Sepanyol, menurut pejabat bahagian jenayah ekonomi.

    Empat pertuduhan penipuan cukai berkenaan berdasarkan laporan daripada agensi cukai negara itu. Namun Ronaldo menerusi wakilnya menafikan dakwaan berkenaan.

    "Tidak ada usaha mengelak daripada cukai. Tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan dan tidak ada niat untuk menyembunyikan apa-apa," kata agensi yang mewakili Ronaldo, Gestifute dalam satu kenyataan.

    Gestifute berkata mereka akan menyiarkan dokumen untuk menunjukkan bintang Portugal itu tidak mencipta apa-apa struktur, sebaliknya menggunakan syarikat yang dimiliki sejak di Manchester United, malah pihak berkuasa cukai British dan Sepanyol juga sedia maklum mengenainya. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Ronaldo Nafi Dakwaan Elak Cukai "