• Ronaldo Hanya Pergi Jika Ada Kelab Bayar RM4.779b

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    MADRID: Fiorentino Perez menegaskan, Cristiano Ronaldo hanya akan meninggalkan Real Madrid jika ada kelab sanggup membayar klausa pelepasan 1 bilion euro (RM4.779 bilion).

    Presiden Real itu turut menyelar mereka yang menggambarkan Ronaldo seperti seorang ‘pemberontak’ ekoran masalah cukao yang dihadapi dengan berpihak berkuasa di Sepanyol.

    Pihak Pendakwa Raya di Madrid baru-baru ini memfailkan pertuduhan kepada mahkamah di Pozuelo de Alarcon yang mendakwa pemain antarabangsa Portugal dan pemenang empat trofi Ballol d’Or itu telah menipu cukai hasil hak imej dari 2011 hingga 2014 bernilai 14.7 juta euro (RM70.24 euro).

    Tidak lama selepas laporan tersebut dibuat, media melaporkan pemain berusia 32 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan Madrid musim depan kerana berang dengan isu cukai yang tidak berkesudahan.

    “Saya belum bercakap dengannya mengenai perkara ini tetapi saya akan berbincang dengan Ronaldo dalam masa terdekat.

    “Apa yang pasti, dia mempunyai klausa pelepasan 1 bilon euro. Kecualilah ada orang sanggup membayar jumlah tersebut, jika tidak dia akan kekal,” kata Perez kepada Radio Onda Cero.

    Perez juga menyifatkan semua laporan yang mengatakan segala rungutan datang daripada mulut Ronaldo adalah sesuatu yang meragukan.

    “Ia sangat pelik. Saya mahu mempertahankan Cristiano sebagai pemain dan manusia biasa.

    “Saya kenal Cristiano dan dia seorang lelaki yang baik, sama ada sebagai pemain profesional atau manusia biasa. Orang lain tidak boleh berkata sesuka hati dan menggambarkan dia seperti seorang pemberontak, itu menganggu saya,” katanya lagi.


    -Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Ronaldo Hanya Pergi Jika Ada Kelab Bayar RM4.779b "