• Resipi Tauhu Bakar Unik

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+

    Kuala Lumpur: Hidangan tauhu bakar istimewa bersama sotong, sengkuang kacang dan sos buatan sendiri menjadi tarikan orang ramai setiap kali mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Jujur 1, Bandar Tun Razak, di sini.

    Bukan itu saja, gerai diusahakan Nursalwa Shaharuddin, 37, sejak empat tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang menggemari menu sampingannya iaitu pulut mangga susu, pulut durian udang merah dan durian tembaga.

    Antara yang menjadi kegemaran pelanggan di mana tauhu dan sotong akan dibakar terlebih dulu sebelum dihidangkan bersama sengkuang, kacang dan sos buatan sendiri yang menggunakan bahan seperti cili, gula, asam jawa dan garam.

    “Sotong yang saya gunakan dalam menu ini juga hasil buatan sendiri di mana saya mengambil masa dua jam untuk menggiling sotong menggunakan mesin khas sehingga menjadi nipis dan halus sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di bazar berkenaan sambil dibantu anak lelakinya, Muhammad Syafiq Azmi, 17.

    “Menerusi program Cola-Cola KU, saya belajar untuk menganalisis modul perniagaan dan juga mengenal pasti jurang atau bahagian yang tidak saya kenal pasti sebelum ini. Oleh itu, sekarang jualan saya meningkat,” katanya. - Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Resipi Tauhu Bakar Unik "