• Remaja Muslim Dibunuh Selepas Keluar Masjid

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    VIRGINIA: Seorang remaja Muslim perempuan dipukul dan diculik selepas meninggalkan sebuah masjid di sini, di mana polis kemudian menangkap seorang lelaki kerana disyaki membunuh gadis malang itu ekoran penemuan mayatnya di dalam kolam, kata pihak berkuasa.

    Dilaporkan, kejadian itu berlaku Ahad lalu ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di luar masjid, yang kemudian bertengkar dengan seorang pemandu kereta, kata Jabatan Polis Fairfax County.

    Pemandu itu bertindak keluar dari keretanya dan menyerang mangsa, Nabra Hassanen berusia, 17 tahun.

    Nabra dilaporkan hilang selepas rakan-rakannya bertempiaran lari ketika mereka diserang lelaki berkenaan.

    Polis kemudian menemukan satu mayat di dalam sebuah kolam di Sterling, dipercayai remaja perempuan yang diserang itu.

    Ketika usaha mencari Nabra digerakkan, polis menahan seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mencurigakan, dikenalpasti sebagai Darwin Martinez Torres, 22.

    Polis mengeluarkaan waran tangkap ke atas pemuda itu untuk mendakwanya atas kematian Nabra.- Antarapos

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Muslim Dibunuh Selepas Keluar Masjid "