• Real Yakin Ronaldo Tidak Bersalah

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    MADRID: Real Madrid mempertahankan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo yang kini berdepan tuduhan mengelak cukai berjumlah 14.7 juta euro (RM70.1 juta).

    "Real Madrid cukup yakin dengan pemain kami Cristiano Ronaldo, dan kami difahamkan dia sudah melakukan yang sepatutnya serta memenuhi tanggungjawab itu," kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

    "Sejak tiba di Real Madrid pada Julai 2009, Cristiano Ronaldo sentiasa menunjukkan komitmen untuk memenuhi tuntutan cukai.

    "Real Madrid begitu yakin Cristiano Ronaldo akan terbukti tidak bersalah. Real Madrid berharap keadilan dapat diputuskan secepat mungkin supaya ia dapat dibuktikan dengan kadar segera."

    Pemain 32 tahun yang juga atlet menerima bayaran tertinggi dunia itu turut dipalit isu sama seperti Lionel Messi, selepas bintang Barcelona dan Argentina itu didapati bersalah atas kesalahan sama walaupun jumlah cukai lebih kecil.

    Jika didapati bersalah, Ronaldo berisiko dikenakan denda 28 juta euro (RM133.6 juta) dan penjara tiga setengah tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Real Yakin Ronaldo Tidak Bersalah "