• Ramai Wanita Laos Suka Hamil Air Mani Suami Orang

    Published: Tuesday, 27 June 2017
    A- A+

    VIENTIANE – Puluhan klinik kesuburan mula wujud di Laos selepas wujud skandal perdagangan ibu tumpang di beberapa negara Asia Tenggara lain bertegas mengharamkan prosedur itu sejak 2015.

    Klinik sedemikian dengan nama seperti ‘Ajaib’ dan ‘Sempurna’ jelas terpampang untuk membuatkannya jelas kelihatan dari jalan dan lebuh raya di ibu kota Laos, Vientiane, yang terletak berdekatan sempadan Thailand.

    Pelbagai badan hak asasi menyatakan Laos, antara negara paling miskin di Asia, adalah ‘pusat’ bagi jenayah rentas sempadan dan juga transit barangan haram daripada dadah dan hidupan liar sehingga kepada air mani manusia.

    Pada April lalu, polis Thailand menangkap seorang lelaki yang sedang cuba menyeludup enam bebuli sperma manusia ke Laos dalam tangka cecair nitrogen. Polis mendakwa, ia sepatutnya dihantar ke sebuah klinik kesuburan.

    Hakikatnya, Laos semakin menjadi destinasi antarabangsa bagi pasangan yang sudah lama belum dapat anak, kata beberapa pegawai kumpulan penasihat ibu tumpang yang dirahsiakan kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

    Subjects:

  • No Comment to " Ramai Wanita Laos Suka Hamil Air Mani Suami Orang "