• Qatar Jamin Persiapan Piala Dunia 2022 Lancar

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    DOHA: Persiapan Qatar bagi menganjurkan Piala Dunia 2022 berjalan 'seperti biasa' dan penganjur kekal optimis pembinaan stadium mampu disiapkan tepat pada waktunya.

    Menurut sumber, walaupun Qatar berada di ambang krisis diplomatik yang menyaksikan negara itu terputus ikatan daripada negara jiran, penganjur kekal tidak bimbang.

    "Saya fikir untuk kami, persiapan akan terus berjalan seperti biasa," kata sumber itu.

    "Dalam mana-mana projek pembinaan sudah semestinya terdapat perancangan B dan C. Tiada isu membabitkan kemasukan barangan. Saya tidak fikir ia begitu merisaukan."

    Sejak krisis meletus seminggu lalu, persoalan dibangkitkan berhubung kesediaan dan kesesuaian Qatar menjadi tuan rumah saingan bola sepak tertinggi dunia itu.

    Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan beberapa negara lain menuduh Qatar menyokong kumpulan pelampau, dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Doha.

    Rentetan itu menyaksikan negara-negara ini dan rakan sekutunya merencatkan rangkaian pengangkutan ke Qatar, menutup satu-satunya sempadan darat, udara dan menghalangnya daripada mengangkut kargo melalui UAE.

    Penutupan sempadan yang dikongsi Qatar dan Arab Saudi, jelas memberi kesan besar apabila menjejaskan import bahan-bahan diperlukan negara itu untuk menyiapkan projek bernilai AS$200 bilion (RM853 juta) bagi persediaan menganjurkan Piala Dunia 2022. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Qatar Jamin Persiapan Piala Dunia 2022 Lancar "