• Putera Mahkota Saudi Derma 250j Riyal Atasi Taun Yaman

    Published: Saturday, 24 June 2017
    A- A+


    RIYADH – Putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkenan menyumbang sebanyak 250 juta riyal (kira-kira RM286 juta) bagi memerangi wabak taun di Yaman.

    Negara jirannya tersebut kini berdepan dengan gabungan tentera yang diterajui pihak Arab Saudi sendiri sedang sengit bertempur dalam operasi perang yang dituduh sebagai penyebab kepada bencana kemanusiaan itu.

    Sumbangan kecemasan tersebut dihulurkan menerusi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi memenuhi permintaan kedua-dua organisasi antarabangsa tersebut.

    Menurut kenyataan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi, ia bakal bantu “memberikan respons berkesan terhadap keadaan taun di Yaman, melalui gabungan kegiatan air, kebersihan dan jagaan kesihatan.”

    Jumlah kes yang disyaki bagi penyakit itu, yang disebabkan oleh pencemaran air atau makanan akibat najis dilaporkan mencecah 179,548 sehingga 20 Jun lalu, dengan angka korban seramai 1,205, menurut WHO.

    Ketua kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien menyifatkan wabak taun sebagai “bencana buatan manusia” disebabkan oleh pihak bertelagah bertempur dalam perang saudara di Yaman dan negara lain yang turut menyokongnya.

    Negara miskin di rantau Asia Barat tersebut mengalami keruntuhan ekonomi ketika berperang selama dua tahun, yang menyebabkan 19 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Putera Mahkota Saudi Derma 250j Riyal Atasi Taun Yaman "