• PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bersikap optimis dalam mempertahankan kerusi Parlimen Lanang dengan meletakkan tiga calon berpotensi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Setiausaha Organisasi Pusat SUPP Datuk Mathew Chen berkata, tiga calon tersebut dilihat mempunyai potensi serta peluang untuk menang.

    "Antara calon yang berpotensi adalah Kelvin Kong, Wong Chin Yong dan Joseph Chieng akan dipilih SUPP Dudong dan Bukit Assek mewakili SUPP. Namun, kita cuma pilih seorang sahaja.

    “Justeru, kita mahu kedua-dua SUPP Dudong dan Bukit Assek mengukuhkan kerjasama mereka bagi misi merampas balik kerusi Parlimen Lanang," katanya

    Chen berkata, Parlimen Lanang mempunyai 70 peratus pengundi Cina manakala selebihnya adalah pengundi Bumiputera.

    “Kalau kita berjaya meraih setengah undi Cina (35 peratus) manakala meraih 80 peratus undi Bumiputera maka misi kita merampas kerusi Parlimen Lanang akan berjaya,” ujarnya.

    Sementara itu, Pengerusi SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck berkata sudah tiba masanya SUPP mempertahankan hak di kerusi parlimen Lanang pada PRU14 kali ini.

    "Jangan SUPP hilang lagi kerusi di Parlimen Lanang," katanya

    Beliau juga turut menggesa Presiden parti Datuk Dr Sim Kui Hian mengambil serius hal ini demi kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana secara tradisi kerusi Parlimen Lanang adalah milik SUPP. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang "