• PRU14: PDP Ucap Selamat Jalan Kepada William Mawan

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    BINTULU: Parti Progresif Demokratik (PDP) mengesahkan untuk meletakkan calon di Parlimen Saratok bagi menggantikan penyandang Tan Sri William Mawan Ikom pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata, parti tersebut sudah mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga calon untuk menggantikan Mawan.

    "Kita akan meletakkan calon kita sendiri di Saratok. Kita tidak menyatakan Tan Sri William Mawan tidak baik tetapi sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada generasi muda berkhidmat," katanya.

    Menurutnya, tiga calon berpotensi tersebut merupakan golongan profesional dari Saratok.

    "Kita memerlukan muka baharu yang merupakan orang tempatan untuk mempertahankan dan lebih fokus kepada pembangunan Saratok," ujarnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Tiong berkata, parti tersebut sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi pembangkang pada PRU14.

    "Seperti parti komponen BN yang lain, kami sudah bersedia. Saya yakin kita akan memberi cabaran terbaik untuk empat kerusi yang diperuntukkan," jelasnya.

    Menurutnya, Datuk Anthpny Nogeh sudah pasti akan mempertahankan kerusi Mas Gading manakala Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan prestasi.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: PDP Ucap Selamat Jalan Kepada William Mawan "