• PRU14 : Masir Kujat Harap Diberi Peluang Sekali Lagi

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat berharap diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Namun, beliau tetap menyerahkan keputusan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada beliau dicalonkan atau tidak.

    Memetik laporan ThenBorneo Post, Masir berkata keputusan terserah kepada kepimpinan tertinggi dan peringkat akar umbi untuk menentukan masa depan beliau.

    "Bukan saya yang tentukan, saya akan serahkan sepenuhnya kepada parti dan akar umbi untuk menentukan masa depan saya selepas penggal ketiga," katanya

    Masir telah dicalonkan semula oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan parlimen Sri Aman untuk penggal ketiga pada PRU14 akan datang.

    Percalonan Masir disahkan oleh Presiden PRS yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

    Masing telah menyatakan keyakinan bahawa Masir boleh mengekalkan kerusi itu kerana beliau telah menarik sokongan besar dari akar umbi serta tiga ADUN di bawah kawasan Parlimen Sri Aman.

    Beliau yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

    Ditanya adakah beliau bersedia untuk terus berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi peluang sehingga penggal keempat, Masir berkata beliau akan tetap bersedia.

    "Bergantung kepada keadaan kesihatan saya. Jika kesihatan saya mengizinkan, saya akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan syarat orang parti bersetuju untuk saya terus bertahan," ujarnya.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Masir memperoleh 12,168 undi berbanding saingan terdekatnya, Nicholas Mujah Ason dari PKR yang meraih 5,618 undi, Donald Lawan (Bebas) yang mendapat 3,867 undi manakala calon SWP, Wilfred Stephen mendapat 476 undi.

    Menjawab kemungkinan isu yang dimainkan pembangkang pada PRU kali ini, Masir menganggap tidak ada isu yang utama kerana beliau telah bersama-sama dengan wakil rakyat bekerja keras untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengundi.

    "Mereka hanya mahu bertanding - mungkin untuk mencuba nasib mereka. Dari sudut pandangan saya, sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu, telah banyak yang saya lakukan untuk meningkatkan Sri Aman dan bersama ADUN, kami bekerjasama rapat untuk membantu rakyat, "katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : Masir Kujat Harap Diberi Peluang Sekali Lagi "