• PRU14: Bersabar, Tunggu Pengumuman Kepimpinan BN

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+

    MARUDI: Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau mahu penyokongnya bersabar dan menunggu pengumuman kemungkinan beliau dicalonkan semula mempertahankan kerusi Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, semua penyandang sudah pasti menunggu 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Tetapi umum mengetahui kerusi Baram adalah untuk Parti Progresif Demokratik (PDP) yang merupakan parti komponen BN dan disokong parti lain seperti PBB, SUPP dan PRS," katanya.

    Setiausaha Politik Ketua Menteri, Alexander Asing Sadai berkata, pengundi perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon BN di Baram pada pilihan raya akan datang.

    "Ini kerana kerusi Baram secara tradisi adalah milik kerajaan BN menerusi PDP," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Bersabar, Tunggu Pengumuman Kepimpinan BN "