• #PRKPujut : Yii Dijangka Bertanding Sebagai Calon BN

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    Sumber-sumber terdekat menjangkakan nama Datuk Bandar Miri dan Pengerusi SUPP cawangan Pujut, Adam Yii Siew Sang akan dicalonkan menerusi tiket Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 4 Julai nanti.

    Namun pihak SUPP enggan mengulas lebih lanjut selagi belum ada keputusan rasmi dari kepimpinan tertinggi BN meskipun SUPP sebelum ini telah mengumumkan bahawa Yii akan menjadi calon SUPP untuk pilihan raya kecil itu.

    Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, yang juga ADUN Piasau, berkata: "Secara jujur ​​saya masih tidak tahu, dan perlu tahu pada hari esok (hari ini) selepas pengumuman oleh Ketua Menteri.

    "Kami berharap dan berdoa bahawa kerusi itu adalah untuk SUPP dan Yii adalah calon."

    Memetik laporan TheBorneoPost, Yii merupakan calon yang paling berpotensi dan sekiranya dipilih beliau dijangka akan berhadapan dengan Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong walaupun DAP hanya akan mengumumkan calon mereka hari ini.

    BN Sarawak dijangka mengumumkan calonnya bagi PRK Pujut hari ini. Difahamkan, calon berkenaan akan diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebelum ini telah mengemukakan senarai nama calon berpotensi masing-masing.

    Antara nama yang dikemukakan SUPP ialah Datuk Bandar Miri yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Pujut, Adam Yii Siew Sang. UPP pula mengemukakan nama Ketua Cawangan Pujut, Bruce Chai, selain tiga nama AJK UPP Senadin iaitu Keith Chan, Lawrence Kong, dan Suzanne Lee. - Sarawakiana.

    Subjects:

  • No Comment to " #PRKPujut : Yii Dijangka Bertanding Sebagai Calon BN "