• #PRKPujut: PAS Sarawak Akan Umum Keputusan Minggu Depan

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak dijadualkan membuat pengumuman bagi memutuskan sama ada untuk bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut pada 4 Julai nanti.

    Persuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, partinya akan membuat pengumuman berhubung perkara tersebut minggu depan, lapor Bernama

    "Pengumuman akan dilakukan selepas Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan berkaitan saman yang difailkan oleh bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon bagi mencabar pemecatannya.

    “Banyak faktor lain yang turut diambil kita termasuklah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka akan berlangsung tahun ini. Kita mesti bersedia untuk menghadapi PRU 14,” katanya dipetik Bernama

    Sementara itu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) pula dijangka akan membuat pengumuman calon pada hari Jumaat ini.

    Sehingga kini, ia lebih menjurus kepada setiausaha parti, Alan Ling Sie Kiong yang juga bekas ADUN Piasau.

    Pada pilihan Raya Negeri 2016, calon DAP Dr Ting Tiong Choon menang dengan 1,759 majoriti undi menewaskan calon langsung Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong dan calon PAS Jofri Jaraiee dan calon bebas Fong Pau Teck. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " #PRKPujut: PAS Sarawak Akan Umum Keputusan Minggu Depan "