• #PRKPujut: Datuk Bandar Lawan Peguam Muda

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Walaupun kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, nama Datuk Bandar Miri Adam Yii terus menjadi perhatian.

    Adam jika dicalonkan sudah pasti akan ditentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling yang juga Setiausaha Agung DAP.

    Sejak akhir-akhir ini, Adam dilihat aktif bergerak di peringkat akar umbi termasuk mengunjungi Bazar Ramadan dan bertemu masyarakat Dayak pada perayaan Gawai awal bulan ini.

    Alan yang merupakan peguam berusia 34 tahun tewas kepada Datuk Sebastian Ting di kerusi Piasau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas dengan majoriti 2,112 undi.

    Untuk menawan kembali Pujut mungkin kesukaran bagi BN namun jika strategi ampuh dapat diatur, adalah tidak mustahil untuk memenangi kerusi yang terdiri daripada 68 peratus pengundi Cina, 19.5 peratus Bumiputera Islam dan 12.5 peratus Bumiputera bukan Islam itu.

    Pilihan raya kecil Pujut yang diadakan pada 4 Julai adalah susulan kekosongan selepas penyandang, Dr Ting Tiong Choon dilucutkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri pada 12 Mei lalu kerana didakwa memiliki dwikerakyataan iaitu Malaysia dan Australia.

    Usul berkenaan dikemukakan oleh Menteri Kewangan Kedua, yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh.

    Pada pilihan raya lalu, Dr Ting menang kerusi berkenaan dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan calon langsung BN, PAS dan Bebas.

    Subjects:

  • No Comment to " #PRKPujut: Datuk Bandar Lawan Peguam Muda "