• Presiden FIFA Pertahan Penggunaan VAR

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    KAZAN, Russia: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino hari ini mempertahankan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan Piala Konfederasi.

    Lima keputusan awal yang dilihat menerusi video termasuk yang memberikan Australia jaringan ketika tewas 3-2 kepada Jerman, walaupun rakaman menunjukkan ia terkena tangan penjaring gol, Tomi Juric.

    Ada juga kekeliruan pada Ahad lalu apabila Eduardo Vargas menyaksikan jaringannya buat Chile tidak dikira kerana ofsaid seminit selepas dia meraikannya.

    "Setakat ini saya sangat gembira dengan VAR," kata Infantino dalam kenyataan di laman sesawang FIFA.

    "Kami sudah melihat bagaimana bantuan video membantu pengadil membuat keputusan yang betul. Itulah peranan sebenar VAR.

    "Ujian VAR ketika Piala Konfederasi juga membantu kami meningkatkan proses dan memperbaiki komunikasi.

    "Apa yang dinantikan peminat sejak bertahun lalu akhirnya berlaku. Ini adalah kejohanan yang menjadi ingatan.

    "VAR adalah masa depan bola sepak moden." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden FIFA Pertahan Penggunaan VAR "