• Pondan Ditahan Curi Telefon Bimbit

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    PHUKET: Seorang lelaki berperwatakan seperti wanita ditahan polis pada Rabu kerana mencuri telefon bimbit milik seorang pelancong Perancis.

    “Montree Srijantra, 24, ditahan dekat rumah tetamu Paris Star di Patong selepas pelancong itu membuat aduan,” kata Ketua Polis Patong, Jarun Jaisuntud.

    “Kita menerima laporan dari Marcel Sawcho pada 19 Jun lalu berhubung kecurian telefon bimbit di pantai dekat persimpangan Absolute Pearl di Jalan Thaweewong. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita berjaya mengesan suspek, seorang pondan yang menunggang motosikal,” tambahnya.

    Pondan tersebut ditahan selepas polis mengesan lokasinya.

    “Montree mengakui kesalahannya. Oleh itu, dia didakwa mencuri dan dibawa ke Balai Polis Patong untuk tindakan lanjut,” kata Jarun seperti yang dilaporkan. -The Nation/Asia News Network


    Subjects:

  • No Comment to " Pondan Ditahan Curi Telefon Bimbit "