• PM Singapura Minta Maaf, Sedia Buat Kenyataan 3 Julai Ini

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong semalam meminta maaf susulan ketegangan yang tercetus ekoran pergaduhan dengan adik-beradiknya berhubung rumah peninggalan mendiang bapa mereka, Lee Kuan Yew di 38, Oxley Road di sini.

    The Straits Times memetik Hsien Loong sebagai berkata, beliau kesal kerana pergaduhan itu telah mencemarkan reputasi Singapura dan keyakinan rakyat negara ini terhadap kerajaan pimpinannya.

    Pemimpin itu dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk menyangkal segala tuduhan yang dibuat dua adiknya, Dr. Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang secara terbuka selepas ini.

    Difahamkan, kenyataan tersebut akan dibuat ketika Parlimen Singapura bersidang pada 3 Julai ini.

    - AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " PM Singapura Minta Maaf, Sedia Buat Kenyataan 3 Julai Ini "