• PM Saksi Perjanjian Proton-Geely

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menyaksikan tandatangan perjanjian kerjasama strategik antara DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) yang menyaksikan syarikat dari China itu memuktamadkan pembelian 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) yang dimiliki oleh DRB-Hicom.

    Turut hadir pada majlis tandatangan yang diadakan di sini itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang.

    DRB-Hicom diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar sementara Geely diwakili oleh Pengerusinya, Li Shufu dan Presiden, An Conghui.

    Tandatangan perjanjian itu adalah sebagai memuktamadkan persetujuan Geely untuk membeli kepentingan Proton dan jenama kereta berprestasi tinggi milik Proton, Lotus pada 24 Mei lalu.

    Dalam majlis itu juga, kenderaan utiliti sukan (SUV) Geely Boyue turut dipamerkan kepada para media dengan rangka model tersebut akan digunakan oleh Proton untuk mengeluarkan SUV pertamanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Saksi Perjanjian Proton-Geely "