• PKR Setuju Tun Mahathir Jadi Ketua Pembangkang

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    PKR akhirnya bersetuju bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir mengetuai jawatankuasa pro-tem Pakatan Harapan.

    Sumber kepada The Malaysian Insight memaklumkan keputusan itu dicapai di mesyuarat biro politik PKR malam tadi.

    Sumber biro politik PKR memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka bersetuju dengan Tun Mahathir memimpin gabungan itu kerana mereka percaya ia akan meningkatkan prospek mereka untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

    “Biro politik bersetuju memilih Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi PH manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden,” kata orang dalam parti itu.

    Sumber itu menambah bahawa pemimpin de facto PKR, Anwar Ibrahim akan menjadi penasihat PH.

    The Malaysian Insight juga mengetahui bahawa Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan menjadi timbalan presiden PH.

    “Kami bersetuju dengan Dr Mahathir untuk memimpin gabungan itu kerana kami percaya dia boleh membantu mendapatkan undi Melayu yang dimonopoli oleh Umno selama ini,” kata orang dalam.

    “Selepas ini, PKR akan membincangkan keputusan dengan parti komponen pembangkang yang lain untuk mendapatkan kelulusan mereka. Bersatu sudah bersetuju. " - MalaysiaAccess

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Setuju Tun Mahathir Jadi Ketua Pembangkang "