• Pesawat Pejuang TUDM Hilang

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang di sempadan Terengganu dan Pahang, pagi ini.

    Kenyataan Markas TUDM menyebut pesawat terbabit terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 11.30 pagi selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan jam 11 pagi.

    TUDM juga sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Berita lanjut menyusul. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Pejuang TUDM Hilang "