• 'Perhimpunan Keamanan' Tolak Keganasan Di Jerman

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    BERLIN: Perhimpunan keamanan Islam menentang keganasan diadakan di bandar raya Cologne tetapi kurang mendapat sambutan seperti diharapkan penganjur.

    Agensi berita dpa melaporkan, cuma beberapa ratus menyertai tunjuk perasaan itu semalam, dengan sepanduk seperti 'Bersatu menentang keganasan' dan 'Kebencian menjadikan dunia seperti neraka', dan penyertaan kemudian bertambah kepada lebih 1,000.

    Penganjur menjangka acara itu menarik ribuan peserta. Persatuan Islam terbesar Jerman enggan mengambil bahagian dalam perarakan itu.

    Kesatuan Turki-Islam pula menyatakan ia memberi petunjuk salah dengan menyatakan keganasan antarabangsa adalah masalah umat Islam.

    Ia juga menyatakan, Ramadan pada musim panas juga menjadi antara sebab ia tidak mendapat sambutan. Pendirian itu dikritik kerajaan, yang menyambut baik perarakan itu. - AP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Perhimpunan Keamanan' Tolak Keganasan Di Jerman "