• Pensyarah Dipecat Selepas Pukul Pelajar Dengan Besi

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Hanya kerana lambat, beberapa pelajar perempuan dari Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di China telah dipukul dengan besi oleh pensyarah mereka.

    Penyarah terbabit yang dikenali sebagai Nie bagaimanapun telah dibuang selepas video yang merakamkan dia memukul pelajar terbabit menjadi viral.

    Rakaman itu dimuatnaik dalam forum pelajar yang dinamakan sebagai `Sichuan high school healine’ pada 9 Jun lalu.

    Ia memperlihatkan bagaimana seorang pensyarah yang memakai pakaian seragam tentera telah memukul tangan pelajarnya sebanyak lima kali dengan besi hinggakan tangan mereka mengeletar akibat kesakitan.

    Menurut saksi, Nie, yang merupakan bekas anggota tentera mengajar subjek penerbangan dan dia menjadi marah kerana pelajar terbabit lambat hadir ke senaman pagi.

    Ia juga bukan kali pertama dia memukul pelajar. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pensyarah Dipecat Selepas Pukul Pelajar Dengan Besi "