• Pengacara Hina Bapa Watson, Peguam Cadang Gugurkan Kes

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Seorang peguam hari ini mencadangkan pertuduhan terhadap bekas pengacara yang dikatakan menghina bapa Watson Nyambek digugurkan.

    Syahredzan Johan berkata perbuatan Azizul Ammar Abu Hassan tidak menggugat ketenteraman awam, keselamatan negeri atau memudaratkan nyawa atau harta benda sesiapa.

    Beliau berkata tugas kerajaan bukan untuk memastikan perasaan orang ramai tidak tersinggung atau terhina, lapor Sinar Harian.

    “Walaupun babak tersebut menghina Watson dan bapanya, pada masa yang sama adalah tidak wajar untuk pendakwa raya mendakwa Azizul Ammar dan Abdul Ghani,” katanya.

    Abdul Ghani Mohd Mokhtar adalah penerbit Sukan Tak Sentral, rancangan TV3 yang berlaku insiden Azizul Ammar mengajuk suara mengembek.

    Syahredzan berkata pertuduhan itu wajar digugurkan kerana masalah itu boleh diselesaikan pihak terbabit, malah Watson boleh membuat saman sivil.

    Beliau menyifatkan pertuduhan itu “serius” kerana membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Azizul Ammar dan Abdul Ghani didakwa di Mahkamah Sibu pada 6 Jun lalu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan aib. - MalayMail.

    Subjects:

  • No Comment to " Pengacara Hina Bapa Watson, Peguam Cadang Gugurkan Kes "