• Pencabar Usain Bolt Catat 9.69s

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+


    STOCKHOLM: Pelari pecut dari Kanada, Andre De Garsse yang kini dianggap ancaman utama kepada pelari terpantas dunia, Usain Bolt memberi amaran awal apabila berjaya mencatat masa 9.69 saat pada saingan Liga Berlian di sini awal pagi ini.

    Menjelang kejohanan dunia terakhir buat Bolt di London pada Ogos ini, catatan yang dibuat De Grasse itu adalah yang paling pantas dalam acara 100 meter tahun ini tetapi diiktiraf dengan bantuan angin.

    Bolt dari Jamaica masih memegang rekod dunia acara itu dengan catatan 9.58 saat yang dilakukannya pada kejohanan dunia 2009 di Berlin, Jerman.

    - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pencabar Usain Bolt Catat 9.69s "