• Penampakan Hantu Cermin Di Genting Highland Yang Menyeramkan

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Penampakan hantu cermin ini didakwa dirakam oleh rakan gadis dalam gambar tersebut di taman tema pusat hiburan terkenal Genting Highland.

    Tukang ambil gambar ini juga, dikatakan merupakan seorang pekerja di taman tema itu.

    Gadis dalam gambar yang memilih untuk posing berdekatan sebuah cermin besar dilaporkan terkejut dan ketakutan selepas melihat hasil gambar tersebut.

    Mana tidaknya, terjadi kejadian aneh di mana dalam gambar yang dirakam, kelihatan seorang gadis berwajah sama seolah-olah sedang memandang sinis ke arahnya.

    Jika difikir secara logik, mana mungkin gambar terhasil sebegitu rupa kerana cermin sepatutnya memantulkan balik imej sama dan bukan sebaliknya.

    Terdapat desus-desus mendakwa, kawasan itu sememangnya ‘keras’ dan pelbagai cerita seram versi lain juga pernah berlaku di sana.

    Begitu pun, tidak dinafikan terdapat individu yang suka mencari publisiti murahan dengan mencipta kontroversi dan misteri tertentu.

    Apa yang pasti, tiada siapa mampu menyangkal kewujudan makhluk ghaib di muka bumi ini.-Taiko TV

    Subjects:

  • No Comment to " Penampakan Hantu Cermin Di Genting Highland Yang Menyeramkan "