• Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    Debaran kisah cinta gadis bernama Mawar menerusi drama rantaian bersiri, Seharum Mawar bakal dirungkai dalam episod terakhir­nya pada malam Hari Raya Aidilfitri Sabtu ini.

    Mengisahkan seorang gadis miskin bernama Mawar lakonan Ika Nabila yang bekerja sebagai orang gaji di rumah orang kaya bernama Puan Hafifah dan Tuan Jamal, Seharum Mawar disiarkan sejak 26 Mei lalu setiap hari di TV1 pada pukul 7 malam.

    Turut menjayakan drama bersiri Rama­dan tersebut yang paling mendapat perhatian tahun ini ialah Fezrul Khan, Hafidz Roshdi dan Noniswara.

    Menurut penerbit drama ber­kenaan, Sheila Rusly daripada JS Pictures Sdn. Bhd., kekuatan karya Seharum Mawar terletak kepada kemampuan pengarahnya, Amie Maziah yang berjaya menggarap sebuah naskhah Ramadan yang baik dan berkesan di hati penonton.

    “Saya tidak sangka Seharum Mawar mendapat sambutan baik daripada penonton kerana banyak saingan daripada drama-drama cinta lain yang turut disiarkan serentak.

    “Apa yang saya boleh janjikan ialah drama ini akan mempunyai pengakhiran yang gembira, namun pada masa sama memberikan keinsafan serta melekat di hati penonton,” kata Sheila yang memberi gambaran pengakhiran menggembirakan bakal disaksikan penonton dalam episod final nanti. - Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini "