• Pemilik Batu Zamrud RM1.3b Hidup Dalam Ketakutan

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    BATU zamrud seberat 360kg dan bernilai kira-kira RM1.3 bilion ini telah ditemui di kawasan perlombongan permata di Brazil. Namun ia telah disembunyikan di satu tempat rahsia dan dikawal ketat oleh pemiliknya.

    Pemilik batu berkenaan yang hanya menggunakan panggilan FG, kini hidup dalam ketakutan kerana bimbang diculik, dirompak dan diugut.

    Menurut FG, disebabkan ia sangat berat maka dia terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengangkatnya. Batu itu jarang ditemui kerana ia mengandungi kualiti yang terbaik.

    Ia ditemui tertanam 200 meter di bawah tanah di lombong Carnaiba di Bahia, iaitu satu kawasan yang kaya dengan permata.

    “Saya tidak dapat mendedahkan di mana batu itu berada dan ia kerap dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain di bawah pemantauan pengawal yang bersenjata.

    “Saya tidak boleh ambil risiko dengan nyawa keluarga saya dan sebab itulah ia kerap dipindahkan,’’ kata FG.

    FG kini sedang dalam proses menyiapkan dokumen untuk menjadi pemilik batu zamrud itu.

    “Kualitinya sangat bagus dan ini yang terbaik yang pernah saya saksikan sejak terlibat dalam industri ini selama 30 tahun,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pemilik Batu Zamrud RM1.3b Hidup Dalam Ketakutan "