• Pelajar Maut Motosikal Bertembung Kereta

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    SARIKEI: Seorang pelajar maut manakala rakannya parah apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Repok di sini, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu menyebabkan Jeremy Jackson yang membonceng, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Beliau berkata, rakan mangsa, Wellister Ugak Wilson, 17, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

    "Siasatan awal mendapati, kereta jenis Toyota Unser yang dipandu wanita berusia 40 tahun itu keluar dari Simpang Jalan Sue Mee sebelum bertembung motosikal mangsa.

    "Kejadian menyebabkan pembonceng motosikal melambung dan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan," katanya.

    Mat Jusoh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BHOnline
  • No Comment to " Pelajar Maut Motosikal Bertembung Kereta "