• Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+
    SHAH ALAM - Kira-kira 100 pelabur skim permainan wang MBI International Group dari China dikatakan akan datang ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perhimpunan aman dan menuntut kerugian daripada syarikat berkenaan.

    Difahamkan, jumlah wang yang dilaburkan mereka mencecah 50 juta Yuan ( RM31.39 juta).

    Menurut laporan Oriental Daily, kira-kira 69 pelabur dari Hunan telah bersetuju untuk datang ke Kuala Lumpur hari ini dengan harapan dapat bertemu pegawai tertinggi syarikat serta dapat memulangkan wang yang dilaburkan mereka.

    Manakala sekumpulan lagi dari GuangZi juga bersetuju untuk datang ke ibu pejabat MBI International Group di Kuala Lumpur dan berhasrat mendapatkan balik wang pelaburan mereka setelah mendapat tahu pengasas syarikat telah ditahan polis baru-baru ini.

    Pada Isnin lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan pengasas kepada syarikat skim permainan wang itu di premisnya di Taman MBI Desaku di Kulim, Kedah.

    MBI diasaskan tujuh tahun lalu oleh Tedy Teoh.

    MBI, pengendali platform saham elektronik besar, disiasat pelbagai pihak berkuasa kerana didakwa beroperasi tanpa lesen jualan langsung, mempromosikan skim piramid dan pengubahan wang haram.

    Kumpulan 27 syarikat itu mempunyai kira-kira 4.5 juta ahli di Malaysia dan China. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi "