• Patah Kaki Kereta Langgar Perhentian Bas

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    KUCHING: Seorang pemuda patah kaki akibat tersepit di tempat duduk selepas kereta dipandunya terbabas merempuh perhentian bas di Jalan Batu Kawa, Sungai Moyan di sini, petang semalam

    Jurucakap bomba berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.40 petang ketika mangsa, Jembu Lalatan, 31, yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari arah Batu Kawa menuju ke rumahnya di Taman Matang Jaya.

    "Tiba di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh perhentian bas di tepi jalan.

    "Orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi

    Beliau berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu, telah memasang alat sokongan pada kaki kanan mangsa yang patah sebelum menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Patah Kaki Kereta Langgar Perhentian Bas "