• Parah Tersepit Bawah Lori Simen

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    Lelaki parah akibat tersepit di bawah lori simen selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan di Jalan Besar Taman Putra Perdana, Puchong, kira-kira 10 malam tadi.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Haswan Mohd Wasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.05 malam sebelum tujuh anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa, Muhammad Shafiq Aiman Ab Satar, 21, dan motosikal ditunggangnya tersepit di bahagian tengah lori berkenaan.

    "Kami mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dan motosikalnya yang tersepit di bahagian tengah bawah lori berkenaan," katanya.

    Haswan berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian tepi lori terbabit.

    "Pelanggaran itu menyebabkan mangsa dan motosikal itu terperosok di bawah kenderaan berkenaan.

    "Mangsa yang parah di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Parah Tersepit Bawah Lori Simen "