• Pan Borneo Berjalan Lancar: Fadillah

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    SIBU: Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar bahkan di beberapa kawasan, kerja-kerja pembinaan mendahului jadual asal.

    Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, terdapat 12 pakej dalam pembinaan manakala sembilan daripadanya dilaksanakan lebih awal daripada jadual asal.

    "Walau bagaimanapun, terdapat tiga projek yang mengalami sedikit kelewatan dan ia berpunca daripada proses ambil alih tanah.

    "Saya percaya ketiga-tiga pakej lewat dapat mengikuti jadual asal tetapi secara keseluruhannya Projek Lebuh Raya Pan Borneo kini berjalan lancar," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Fadillah menjelaskan Jambatan Sungai Rimbas di Pusa, Betong kini 93 peratus siap manakala Jambatan Samarahan pula 70 peratus siap.

    "Empat lagi jambatan masih dalam perancangan iaitu Jambatan Batang Rambungan (peringkat pelantikan perunding), jejambat di Jalan Medan Jaya, Jalan Tun Hussein Onn di Bintulu (peringkat pelantikan perunding dan reka mebtuk), Jambatan Batang Lupar (perunding dilantik dan tender dijangka dibuka pada pertengahan 2018)," jelasnya.

    Datuk Seri Fadillah Yusoh yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri percaya, pembinaan jambatan-jambatan itu akan mempengaruhi pembangunan setempat dan jaringan pengangkutan penduduk luar bandar serta turut merangsang aktiviti ekonomi penduduk setempat.

    "Ini adalah usaha yang sedang dikalankan dalam konteks kementerian saya dengan kerajaan negeri," tambah beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pan Borneo Berjalan Lancar: Fadillah "