• Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM

    Published: Monday, 12 June 2017
    A- A+


    KARACHI: Perdana Menteri Nawaz Sharif akan disoal siasat mengenai sumber kekayaan keluarganya, kali pertama perdana menteri negara terbabit berdepan siasatan seumpama itu.

    Pejabat Sharif hari ini turut mengesahkan beliau dipanggil Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang ditubuhkan Mahkamah Agung untuk menyiasat dakwaan rasuah berhubung pendedahan Kertas Panama dan akan menghadiri siasatan Khamis ini.

    Susulan pengumuman itu, pasaran saham Pakistan menjunam empat peratus berikutan kebimbangan pelabur bahawa ketidakstabilan demokrasi negara itu akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara itu yang mencatatkan pertumbuhan pesat kebelakangan ini.

    Sharif sebelum ini menafikan sebarang salah laku oleh keluarganya yang didakwa menggunakan syarikat luar pesisir untuk membeli pangsapuri mewah di kawasan elit London dan berkata, segala kekayaan itu diperoleh secara sah.

    Pada April lalu, Mahkamah Agung memutuskan bahawa Sharif tidak boleh dilucutkan daripada jawatannya kerana tiada bukti mencukupi namun pada masa sama, memerintahkan siasatan lanjut dijalankan ke atas beliau.

    JIT dianggotai kakitangan agensi awam seperti Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) dan beberapa pihak lain.

    Jurucakap parti pembangkang Naeem ul Haque berkata, siasatan ke atas Sharif adalah bukti jelas bahawa semua individu memiliki kedudukan yang sama rata di sisi undang-undang Pakistan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM "