• Ops Selamat Sempena Aidilfitri Bermula 18 Jun- 2 Julai

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 18 Jun ini hingga 2 Julai depan, dengan memfokuskan objektif penekanan terhadap aspek keselamatan harta benda serta kediaman dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

    Mengekalkan tema terdahulu, 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', Ops Selamat kali ini akan melebihkan lagi nilai kesedaran terhadap orang ramai dengan mengutamakan keselamatan dan kelancaran di jalan raya juga pencegahanterhadap jenayah pecah rumah.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya akan mengutamakan focus terhadap pengguna motosikal berikutan pengguna kenderaan itu sering mendahului statistik terbabit kemalangan maut.

    Menurutnya, berdasarkan statistik kemalangan maut menerusi beberapa Ops Selamat sebelum ini mendapati sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan sikap mementingkan diri sendiri sering menjadi punca kemalangan.

    "Untuk Ops Selamat kali ini, pendekatan operasi masih memfokuskan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan pencegahan jenayah.

    "Diantara operasi yang akan dijalankan adalah Ops Perangkap Laju di kawasan sering berlaku kemalangan, Ops Motosikal, selain tumpuan kepada pemandu yang memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya

    Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Ops Selamat di Terminal Bas Kuching di sini pagi tadi.

    Mengulas lanjut, Mazlan juga turut menyeru orang ramai supaya mengisi borang balik kampung yang boleh didapati di portal laman web rasmi Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan melengkapkan borang terbabit sebelum diserahkan ke balai polis berhampiran.-Sarawakiana
  • No Comment to " Ops Selamat Sempena Aidilfitri Bermula 18 Jun- 2 Julai "