• Netizen Gesa Nazri Minta Maaf Secara Terbuka

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+
    Foto: The Borneo Post
    Sikap celupar serta bodoh sombong Menteri Pelancongan dan Kebudayaan persekutuan, Datuk Seri Nazri Aziz tidak hanya menarik perhatian ahli politik tempatan tetapi juga rakyat biasa dikalangan pengguna media sosial.

    Terbaharu, netizen meminta menteri itu memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Karim Rahman Hamzah dan rakyat negeri ini kerana bersikap terlalu bongkak terhadap permintaan Abdul Karim yang menyuarakan permintaan rakyat agar perlaksanaan Cukai Perlancongan 2017 ditangguhkan.

    Nazri pada Ahad lalu menyifatkan permintaan Abdul Karim tersebut sebagai cakap besar dan samseng.

    Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menghina Abdul Karim sebagai ‘setahun jagung’ dan meminta Abdul Karim belajar darinya sebagai ‘samseng besar’ jika mahu jadi samseng.

    Rata-rata netizen menganggap reaksi Nazri sebagai terlalu bongkak untuk menunjukan dirinya ‘lebih besar’ dari yang lain.

    Ken J Barau menulis di komenter, “Kami rakyat Srwk menuntut permohonan maaf secara rasmi dari Nazri. Minta maaf dgn Yb Karim, minta maaf dgn barisan kabinet Srwk & most important minta maaf dgn rakyat Srwk.”

    “Kata2 yg digunakan nazri aziz memang menyakitkan hati kami rakyat sarawak..,” luah Hassim Hamdan Hassim

    “Setuju memang tak sesuai . Sektor pelancungan perlukan yang berhemah dan beradap . Bukan samseng mcm nazri ni,” kata Kemamanattire Pokmi

    Kebanyakan netizen tidak mengulas atau menentang cukai pelancongan yang menjadi punca pertelingkahan tersebut. Mereka mungkin boleh menerima penjelasan Nazri berhubung cukai berkenaan, namun rata-rata mereka tidak dapat menerima penghinaan yang Nazri lemparkan terhadap Abdul Karim selaku pemimpin yang dipilih rakyat.

    “Menteri yg dah lama patutnya ajar menteri yg senior ..bukan kurang ajar dgn.menteri baru..... ingat org .swak tok senang nak d perbudak2kan........,” tulis Iss Gmat

    Keira Yulia pula menulis, Dengan sikap yang angkuh, sombong dan berlagak mcm samseng, dia hanya sesuai utk berhenti dan tidak layak memangku mana2 portfolio.

    Sementara itu seorang blogger Pandi Suhaili turut memuat naik status gesaan agar Nazri meminta maaf kepada Abdul Karim dan Fadillah Yusuf .

    Menurutnya, beliau tidak melihat Karim sebagai menghina Nazri apabila berkata cukai pelancongan menyalahi perlembagaan negeri Sarawak.

    “Sekiranya Nazri tidak bersetuju dengan pendapat Karim, beliau boleh memberi hujah beliau tanpa perlu memperlekehkan Karim,” ujarnya

    Pandi turut menyentuh tuduhan bahawa Karim membabitkan seluruh negeri Sarawak dalam isu cukai pelancongan, ia menunjukkan Nazri seperti katak dibawah tempurung.

    Malah katanya, Ketua Pemuda BN Sarawak Fadillah Yusof menegur cara penyampaian yang tidak berhemah yang telah dilakukan oleh Nazri.

    “Seperti anak-anak Sarawak yang lain, Fadilah bukannya diheret oleh Karim untuk memasuki gelanggang, tetapi beliau dengan sukarela berbuat sedemikian!!!.

    “Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menggesa Nazri agar meminta maaf dengan Karim dan Fadilah dan juga anak-anak Sarawak diatas kesamsengan beliau,”katanya - Sarawakiana

    Subjects:

  • 1 comment to ''Netizen Gesa Nazri Minta Maaf Secara Terbuka"

    ADD COMMENT
    1. Ini menteri patutnya dah lama campak masuk longkang dah.Mentekedarah duit rakyat jer keje nyer..

      ReplyDelete