• Najib Ucap Tahniah Malaysia Layak Ke Piala Dunia Hoki

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lelaki negara yang layak ke Piala Dunia Hoki 2018 yang bakal berlangsung di India.

    “Syabas kepada pasukan hoki kita, berjaya layak ke Piala Dunia 2018 selepas tewaskan India di suku akhir Liga Hoki Dunia di London,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

    Malaysia menewaskan India 3-2 dalam perlawanan suku akhir, Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di ibu kota Britain itu pada Khamis untuk menempah tiket ke India.

    Tempat keempat teratas sudah mencukupi untuk skuad bimbingan Stephen Van Huizen melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kelapan selepas layak sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.

    Malaysia akan bertemu Argentina di perlawanan separuh akhir Sabtu ini, selepas pasukan dari Amerika Selatan itu menewaskan Pakistan 3-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Tahniah Malaysia Layak Ke Piala Dunia Hoki "