• Najib Ucap Tahniah Kejayaan Skuad Memanah Recurve Lelaki

    Published: Monday, 26 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada skuad memanah recurve lelaki negara yang berjaya merangkul pingat gangsa pada kejohanan Peringkat 3 Piala Dunia 2017 pada Ahad.

    Tahniah skuad memanah recurve lelaki Malaysia berjaya raih pingat gangsa di Kejohanan Peringkat 3 Piala Dunia 2017.

    KamiTeamMalaysia #KamiTeamMalaysia kata Perdana Menteri menerusi laman Twitter beliau malam ini.

    Pasukan negara mengalahkan Mexico 6-2 di Pusat Memanah Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat selepas mengalahkan Great Britain 5-4 dalam saingan suku akhir.

    Bagaimanapun Malaysia gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 1-5 kepada Rusia di peringkat separuh akhir.

    Menurut laman web rasmi Persekutuan Memanah Dunia, worldarchery.org, pasukan Rusia yang diwakil Vitalii Popov, Arsalan Baldanov dan Artem Makhenko memenangi pingat emas selepas mengalahkan trio daripada Taiwan iaitu Deng Yu-cheng, Peng Shih-cheng dan Wei Chun-heng 5-1 di final.

    Lebih 300 peserta dari 40 negara mengambil bahagian pada kejohanan itu. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Tahniah Kejayaan Skuad Memanah Recurve Lelaki "