• Najib Minta Doakan Keselamatan Pesawat Hilang

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua masyarakat untuk mendoakan keselamatan pesawat TUDM yang terputus hubungan di sempadan Terengganu-Pahang.

    Najib menerusi akaun twitter miliknya berkata, beliau telah dimaklumkan berhubung kejadian itu dan mengesahkan misi mencari dan menyelamat telah dijalankan.

    “Maklum mengenai pesawat @airforcenextgen yang dilapor terputus hubungan. Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan, sama-sama kita doakan selamat,” katanya.

    TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat pejuang miliknya jenis Hawk 108 terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 11.30 pagi tadi.

    Pesawat terbabit berlepas daripada Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

    Misi mencari dan menyelamat kini dikerahkan ke lokasi kejadian iaitu di sempadan Terengganu–Pahang. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Minta Doakan Keselamatan Pesawat Hilang "