• MotoGP: Kemenangan Ke-115, Rossi Gah Takluk Assen

    Published: Sunday, 25 June 2017
    A- A+

    ASSEN, Belanda: Legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi, mempamerkan tunggangan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) ke-115 kariernya dengan mengungguli GP Belanda di Litar Assen, sebentar tadi.

    Memulakan perlumbaan di petak keempat, pelumba Yamaha itu tidak lagi menoleh ke belakang selepas memimpin perlumbaan di pertengahan saingan sebelum menang dengan catatan 41 minit 41.149saat (s).

    Rossi hanya menang dengan kelebihan 0.063s di depan rakan senegaranya dari pasukan Pramac Ducati, Danilo Petrucci, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

    Tempat ketiga menjadi milik penunggang Honda, yang juga penyandang juara dunia, Marc Marquez selepas ketinggalan 5.201s.

    "Tempat ini (Assen) sentiasa istimewa buat saya. Hari ini, saya mendapat sokongan yang padu dan keadaan litar juga menakjubkan.

    "Saya kembali memenangi perlumbaan selepas setahun. Saya amat gembira. Ia adalah cara yang paling baik," kata Rossi.

    Begitupun, malang bagi pelumba yang memulakan perlumbaan di petak utama, Johan Zarco, apabila percaturan penggunaan tayarnya memakan diri sebelum dikenakan penalti kerana menunggang laju di laluan pit.

    Rakan sepasukan Rossi, Maverick Vinales pula antara pelumba utama yang gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh, sekali gus menyaksikan kedudukannya selaku pendahulu dicantas pelumba Ducati, Andrea Dovisioso.

    Keputusan MotoGP GP Belanda

    1.Valentino Rossi(ITA) Movistar Yamaha MotoGP (YZR-M1) 41m 41.149s
    2.Danilo Petrucci (ITA) Octo Pramac Racing (Desmosedici GP17) 41m 41.212s
    3.Marc Marquez(ESP) Repsol Honda Team (RC213V) 41m 46.350s
    4.Cal Crutchlow(GBR) LCR Honda (RC213V) 41m 46.392s
    5.Andrea Dovizioso(ITA) Ducati Team (Desmosedici GP17) 41m 46.476s
    6.Jack Miller (AUS) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS (RC213V) 42m 4.539s
    7.Karel Abraham (CZE) Pull&Bear Aspar Team (Desmosedici GP15) 42m 18.131s
    8.Loris Baz(FRA) Reale Avintia Racing (Desmosedici GP15) 42m 18.207s
    9.Andrea Iannone (ITA) Team Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 18.315s
    10.Aleix Espargaro (ESP) Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 43.078s

    Subjects:

  • No Comment to " MotoGP: Kemenangan Ke-115, Rossi Gah Takluk Assen "